Friday, November 16, 2012

Pantun Warisan Bangsa


Luangkan masa anda menghayati pantun di bawah : 


Jarum emas letak di para,
Letak dalam talam suasa;
Melayu terkenal di Nusantara,
Kaya dengan warisan budaya.

Asam gelugur si asam paya,
Diguna orang penyedap rasa;
Hidup beradat amalkan budaya,
Berhemah tinggi berbudi bahasa.


Malam hari mencari pinang,
Jangan lupa bawa pelita;
Kain pua, tenunan Pahang,
Tenunan asli warisan kita.

Pokok rumbia tumbuh di paya,
Daun diguna berteduh panas;
Baju kurung  baju kebaya,
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Kalau berakit ke Kampung Hulu,
Kayuhannya jauh penat terasa;
Kuih dodol kuih buahulu,
Enak dimakan sepanjang masa.

Pokok pinang pokok kelapa,
Buah durian sedapnya terasa;
Keris dan lembing janganlah lupa,
Pembela diri tinggalan bangsa.

Pucuk ubi, sayur bendi,
Hidangan disantap di tengah hari,
Dimasak lemak, gulai keladi
Rendang Tok masih digemari.


Daun mengkuang si daun pandan,
Di tengah laman dibiar layu,
Cembul tembaga  dan tepak berdandan,
Pemula bicara orang Melayu.

Jiran tetangga datang berjumpa,
Duduk bertandang di atas beranda;
Adat yang lama janganlah lupa,
Itu sahaja yang kita ada.

Untuk makluman pembaca budiman pantun di atas telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Mengarang Pantun sempena Program Memartabatkan Bahasa Melayu di Kolej Matrikulasi Perak, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 19 hingga 28 September 2012.

Wednesday, November 14, 2012

All About Me

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. :)
Berikut, adalah serba sedikit maklumat tentang diri saya.



Nama: Rohana Binti Jali
No. Matrik: D 20112053573
Tajuk Blog: MARI MANTAPKAN BAHASA MELAYU
Tajuk Tugasan: Pembangunan Blog P&P
Kod Subjek: 
KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK SEKOLAH RENDAH
Kumpulan: EL-A03 A121 PJJ

Sekian. :)

Tuesday, November 13, 2012

Video Tentang...

Friday, November 2, 2012

Nota: Kata Adjektif

 Apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif?


Klik sini untuk muat turun nota "Kata Adjektif".


Template by:

Free Blog Templates